LANDNET

Land Coaching Network Program.

Pembangunan & Keusahawan Tanah

PENDAFTARAN AHLI

SELF CHALLENGING COURSE

PROGRAM BIMBINGAN (COACHING)

Di bawah inisiatif LANDNet PROGRAM, kami menyediakan sesi bimbingan (coaching) yang komprehensif khusus untuk ahli-ahli yang berminat untuk menceburi bidang pembangunan tanah dan hartanah. Program ini direka bentuk bagi membantu peserta memahami selok-belok industri ini sama ada anda ingin terlibat sebagai seorang pemaju hartanah, pengurus projek pembangunan, mahupun sebagai penyedia perkhidmatan sokongan seperti jurukur, kontraktor, konsultan teknikal, atau pembekal bahan binaan.

Melalui pendekatan ini, peserta akan diberi pendedahan secara langsung kepada proses sebenar pembangunan tanah bermula dari peringkat perancangan, kelulusan, pelaksanaan, sehingga ke aspek pemasaran dan penyerahan projek.

DAFTAR SEKARANG

Ahli-ahli LANDNet yang layak akan ditawarkan pelbagai peluang "networking" serta kerjasama bisnes strategik seperti berikut:

Includes:

Bimbingan dalam pengurusan projek pembangunan tanah.

  • "Business matching" meliputi sumber kewangan, kepakaran dan modal bagi projek berdaya maju.

Akses kepada tanah berpotensi atau peluang usaha sama (JV).

Menerokai potensi tanah yang kurang strategik.

Kapitalisasi tanah yang berpotensi untuk pembangunan masa depan.

Mulakan Langkah Anda

LANDNet menyediakan platform latihan separuh masa yang fleksibel dan praktikal untuk anda memahami dunia pembangunan hartanah secara menyeluruh. Dari perancangan hingga penyerahan projek, anda akan dibimbing langkah demi langkah oleh pakar industri.

HUBUNGI KAMI

Ilmu & Jaringan Sebenar

Program ini bukan sekadar teori, anda akan terlibat secara langsung dengan proses sebenar industri dan membina rangkaian bersama pemain utama dalam bidang hartanah, teknikal, dan pembinaan.

DAFTAR DISINI

Program Latihan Hartanah

Sertai program latihan hartanah komprehensif bersama LANDNet dan bina asas kukuh untuk kejayaan dalam industri pembangunan tanah.

MULAKAN DISINI

PROGRAM LATIHAN PROFESIONAL

Sijil Profesional Pembangunan & Keusahawanan Hartanah

(Professional Certificate in Property Development & Entrepreneurship)

Di bawah inisiatif LANDNet PROGRAM

Kami menawarkan Program Latihan Profesional separuh masa jangka pendek yang direka khas untuk memberikan pendedahan dan peningkatan kemahiran dalam pengurusan projek hartanah dan pembangunan tanah. Program ini sesuai untuk individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam industri hartanah, termasuk pemilik tanah, pengurus projek, profesional teknikal, serta pelajar lepasan sekolah.


📚 Butiran Program

  • 💡Tempoh Pengajian: 3 bulan

  • 💡Modul: Kuliah separuh masa

  • 💡Jadual: Hujung minggu sahaja (fleksibel untuk peserta yang bekerja)

  • 💡Mod Pengajian: Fizikal (bersemuka) & atas talian


🌟 Kelebihan Program

  1. Bimbingan profesional (coaching) sepanjang tempoh pengajian untuk peserta yang berminat dan berkelayakan.

  2. Keahlian automatik dalam LANDNet, membuka akses kepada rangkaian profesional, peluang perniagaan dan kerjasama industri.

  3. Sijil dianugerahkan oleh universiti ternama, memberikan kredibiliti akademik dan profesional.

  4. Tenaga pengajar berpengalaman, terdiri daripada pengamal industri hartanah termasuk arkitek, jurutera, perancang dan pelabur.

  5. Pembelajaran berasaskan amalan sebenar, di mana peserta akan terlibat dalam kes-kes dan projek sebenar (real cases).

Tertakluk kepada tema dan syarat program.


🧩 Modul Pengajian

  • ✔Pengenalan kepada Pembangunan Hartanah di Malaysia.

    ✔Undang-undang dan Institusi Kerajaan berkaitan Pembangunan Tanah dan Hartanah.

  • ✔Komponen Bangunan, Infrastruktur & Pengurusan Pembinaan.

  • ✔Pentadbiran Bisnes, Pendigitalan & Keusahawanan Hartanah.

  • ✔Pemasaran & Penjualan Hartanah dan Tanah.

  • ✔Jenis Dana & Kaedah Pengumpulan Modal dalam Industri Hartanah


🎯 Siapa Patut Sertai Program Ini?

📌Program ini amat sesuai untuk:

  • 📌Pemilik tanah

  • 📌Pengurus projek & kakitangan firma pemaju

  • 📌Jururunding (arkitek, jurutera, perancang bandar, jurukur dll)

  • 📌Peguam hartanah

  • 📌Ejen hartanah & REN

  • 📌Pegawai bank & penilai

  • 📌Pelabur hartanah

  • 📌Pelajar lepasan SPM/SKM yang berminat dalam bidang ini

LANDNet PROGRAM

Kami menawarkan Program Latihan Profesional separuh masa jangka masa pendek iaitu “Sijil Profesional Pembangunan & Keusahawanan Hartanah” (Professional Certificte in Property Development & Entrepreneurship”

 

DAFTAR SEKARANG

Pengenalan

LANDNET

LANDNet PROGRAM juga dikenali sebagai “Land Coaching Network Program”. Ia adalah sebuah pakatan kolaboratif yang menyatukan pemilik tanah, usahawan berkaitan tanah, dan para “stake holders” dalam ekosistem ekonomi tanah di Malaysia.


Pendekatan LANDNet adalah menjana situasi “win-win”kepada pihak-pihak terlibat melalui perkongsian ilmu, kerjasama strategik, kemahiran pengurusan portfolio dan sebagainya.

MISI

Misi LANDNet adalah untuk menghimpunkan pemilik-pemilik sumber tanah dan pemain industri bagi meneroka, membuka potensi, dan mencipta nilai bersama daripada tanah yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya, belum dibangunkan, atau terbiar.

OBJEKTIF

Objektif LANDNet adalah meneroka potensi dan transformasi tanah yang terpendam menjadi peluang mampan yang bakal memberi manfaat kepada pemilik, komuniti, pelabur dan negara secara keseluruhannya.

Hubungi Kami sekarang

Pasukan kami sedia membantu anda memahami lebih lanjut tentang program ini. Dapatkan info penuh, jadual intake, dan cara pendaftaran hari ini.

Alamat: A-3-5, Kuchai Exchange, no 43 Jln Kuchai Maju, KL

Pendaftaran Ahli

©2025 LANDNet